Transfer Factor

TF History

Apakah Transfer Factor?

Transfer Factor (TF) ialah molekul utusan yang memindahkan informasi imun daripada satu sumber kepada sumber yang lain. Transfer Factor (TF) merupakan sebahagian daripada molekul-molekul paling unik di dalam tubuh badan kita. Ia mengangkut mesej-mesej penting kepada sel-sel imun di seluruh tubuh badan, membantu menangkis serangan dengan lebih gigih dan berkesan bagi menjamin kesejahteraan anda.

Kekuatan 1 biji pil Transfer Factor sama sepertu 75 – 100 biji pil kolostrum dalam fungsi peningkatan daya imun. TF tiada kadar toksik, tiada kesan sampingan dan selamat untuk semua usia termasuk orang tua dan bayi. 1 biji TF mengandungi informasi untuk mengenali lebih dari 100 000 jenis kuman, virus, jamur, parasit dan bakteria dalam badan.

Transfer Factor bukanlah vitamin, mineral, herba atau buah-buahan. Transfer Factor membekalkan kecerdasan kepada sistem imun dalam tiga kaedah penting  iaitu:

1) Recognize (Kenal pasti)

– Transfer Factor membantu sel-sel imun mengenal pasti kuman penceroboh dengan lebih cepat.

2) Respond (Bertindak Balas)

– Transfer Factor membantu mempercepatkan tindak balas sistem imun terhadap penceroboh selepas ianya dikenal pasti.

3) Remeber (Ingat)

– TF mengingati kuman-kuman tertentu yang ditemui oleh sistem imun. Justeru, sekiranya kuman itu hadir sekali lagi, tubuh badan anda tahu apa jenis kuman itu dan apa yang perlu dilakukan.

 

Apa itu TF

Permulaan Transfer Factor (TF)

TF dihasilkan oleh sistem imun, untuk sistem imun. Pertama kali anda bertemu dengan TF ialah pada awal kehidupan anda iaitu sewaktu anda dilahirkan. Ibu (manusia ataupun haiwan) akan memindahkan maklumat imun penting (yang dikumpul menerusi pengalaman sistem imunnya) kepada anaknya pada hari-hari awal kehidupan anak tersebut, menerusi susu pertamanya (kolostrum). Pengetahuan inilah yang memberikan si anak pendidikan yang diperlukan untuk membina sejarah kekuatan imunnya sendiri. Perkara yang paling penting ialah pendidikan transfer factor.

Sumber TF yang paling berkesan ialah kolostrum lembu dan kuning telur ayam. Kolostrum merupakan susu pertama yang diberikan oleh ibu kepada bayinya yang baru lahir. Meskipun kolostrum itu sendiri mengandungi banyak blok pembina imun, kebanyakan daripadanya tidak dapat dipindahkan daripada seekor lembu kepada seorang manusia. Akan tetapi, TF boleh dipindahkan.

Di sinilah kisah TF menjadi semakin menarik. Tidak seperti antibodi-antibodi yang terdapat di dalam kolostrum lembu atau kuning telur ayam, TF tidak spesifik kepada sesuatu spesies. Apakah maksudnya? Ia bermaksud yang molekul-molekul TF dan informasi yang terkandung di dalamnya, boleh dikongsi bersama. Sama ada pada lembu, ayam atau manusia, kuasa pendidikan TF boleh merentasi satu sama lain.

Mengapa ANDA perlu menjaga sistem imun ANDA?

Pernahkan anda melihat apa yang terjadi (biasanya dalam tempoh beberapa minit sahaja) kepada tubuh badan apabila sistem imun tidak lagi melindunginya daripada penceroboh dari luar?

Kebanyakan ancaman yang menyerang sistem imun tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi ia memberi impak yang tidak dapat dibayangkan. Sel-sel imun boleh didapati di serata tubuh kita termasuklah di kulit, nodus limfa dan darah. Bermula daripada masalah-masalah ringan (luka di kulit) sehinggalah kepada masalah yang lebih besar (melawan kesan akibat radikal bebas), komunikasi dan koordinasi sel imun yang berkesan amat penting kepada sistem kesihatan imun. Meskipun kini terdapat banyak produk di pasaran yang membekalkan nutrien untuk sel-sel imun, apa yang mereka perlukan (dan apa yang dibekalkan oleh 4Life Transfer Factor) adalah pendidikan dan hala tuju,

Apabila sistem imun anda gigih bekerja, anda mampu bekerja dan bermain dengan lebih gigih. Akan tetapi, apabila fungsi siste imun anda terganggu akibat tidak cukup tidur, mudarat sekitaran, diet yang kurang sihat atau amalan gaya hidup yang dipenuhi stres, ia tidak melaksanakan tugasnya. Dan jika ia berlaku, anda dapat merasakannya.

Ujian dan Pengesahan

Para saintis di seluruh dunia telah membuktikan keberkesanan molekul-molekul TF berdasarkan ribuan kajian yang telah dijalankan. Untuk memahami betapa luar biasanya 4Life Transfer Factor Tr-Factor Formula, para saintisi 4Life telah memasuki makmal. Hasilnya amat mengagumkan. Kajian membuktikan Tri-Factor Formula dapat meningkatkan aktiviti -aktiviti sel-sel Natural Killer (NK) atau Pembunuh Semula Jadi sehingga 283% apabila tubuh badan anda memerlukannya. Apabila kami menggabungkan Tri-Factor Formula dengan pembina imun poten yang lain, peningkatannya adalah 437%.

Biarkan kami memberi perjelasan lanjut agar anda dapat memahami betapa hebatnya berita ini. Sel-sel NK adalah sel-sel imun di barisan pertahanan hadapan yang tugasnya menyingkirkan ancaman. Apabila anda meningkatkan aktiviti sel NK, anda meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk bertindak balas terhadap ancaman luar. Sel-sel NK yang bekerja lebih keras akan menyebabkan sistem imun untuk bertindak dengan lebih pantas dan berkesan.

Kajian dalaman terbaru telah membuktikan bahawa Tri-Factor Formula berganding dengan gerak hati Nano Factor, membekalkan sokongan yang seimbang apabila tubuh badan anda memerlukannya. Apabila sistem imun anda bertindak terhadap amaran palsu, menyebabkan sel-sel imun T bertindak secara berlebihan, Tri-Factor Formula mampu menenangkan mereka kembali mengikut keperluan tubuh badan dan seterusnya mengembalikan kesihatan anda ke tahap optimum.